Saturday, January 21, 2012

PENGENALAN

Perkataan MARCOM adalah gabungan dari perkataan bahasa Inggeris iaitu Martial Commando.MARTIAL bermakna perang atau tempur dalam bahasa Melayu.

COMMANDO pula merujuk kepada erti panglima.Berdasarkan makna ini, Pengasas (Sdr Khairul Syakirin) menjadikan ia sebagai trademark pertubuhan senibeladirinya sendiri dengan menggelar pengamalnya sebagai Panglima Perang.

Istilah Panglima Perang bukan hanya melibatkan situasi medan peperangan, malahan ianya turut digunakan sebagai asas melawan nafsu amarah yang ada dalam diri.

MARCOM adalah gabungan beberapa senibeladiri hasil pengalaman Sdr Khairul Syakirin (Pengasas Rawatan Islam Darul Manzil) menuntut dan berguru secara kuno di Malaysia dan Indonesia di samping mempelajari ilmu kebatinan, aura healing dan Rawatan Perubatan Islam sejak dari umur 10 tahun.

Antara aplikasi senibeladiri yang dimuatkan dalam pengajian MARCOM adalah:
1) Silat Gayong
2) Silat Cekak Hanafi
3) Silat Alif
4) Silat Minangkabau
5) Jiu Jitsu (teknik jatuhan)
6) Muay Thai
7) Terlak 3 dan 4
8) Kuntao
9) Beladiri Tempur Tangan Kosong

Untuk itu, kesemua buah pukulan yang dimuatkan dalam MARCOM hanyalah mengambil buah pukulan utama senarai senibeladiri sebagai kemudahan amali untuk digunakan di dunia nyata.MARCOM juga diwujudkan setelah penelitian pengasas melihat pada aplikasi pergaduhan dan pertandingan senibeladiri selama beberapa tahun. Jika diperhatikan, ramai senibeladiri berjaya mempelajari ilmu senibeladiri hingga mendapat pengijazahan guru. Namun, berapa ramai yang boleh mengaplikasi kesemuanya bila bertempur? Yang dilihat hanyalah kegunaan kaki dan tangan secara rambang. Dimana buah jatuhan, buah gerak, buah tangkap dan ilmu yang sebenar yang dituntut?Untuk itu, silibus pengajian MARCOM telah dikemaskan dengan ajaran pertahanan diri yang boleh digunakan dalam apa jua situasi, umur dan saiz badan.

Antara silibus yang dimuatkan dalam MARCOM adalah:
1) Asas pukulan dan tendangan
2) Teknik gerak rasa dan sambut
3) Teknik jatuhan
4) Teknik combat
5) Petua serangan elak dan membaca lawan
6) Amalan meditasi (untuk ketenangan dan menyembuh)
7) Ilmu insan (4 unsur kejadian manusia sebagai muhasabah dan kenal diri)

Bagi mereka yang berminat untuk mempelajari senibeldiri ini, anda dialukan untuk menelefon sendiri Sdr Khairul Syakirin b Abdul Wahab di 019-9891078 atau temui beliau sendiri di Rawatan Islam Darul Manzil, No 2867, Taman Jakar Jaya, 24000 Kemaman, Terengganu.

Wednesday, January 18, 2012

Panggilan Misteri pukul 1:41 am

Assalamualaikum

Saya mendapat panggilan misteri dari seorang lelaki pada jam 1.41 pagi... :D

Dengan permulaan salam tanpa memperkenalkan diri, dia bertanyakan samada saya tengah bizy atau tak... Cantik betul soalannya dimulakan bicara pada pukul 1:41 pagi... :D

Tapi saya menjawab soalan beliau dengan layanan yang baik.. Maklumlah tetamu.. Walaupun buta masa, kena layan jugak.. :D Kan beradap tu...

Soalan yang ditujukan adalah kaitan MARCOM dengan Silat Cekak.. Bermula dari soalan dari mana saya belajar, bila (siap nak tahu tahun bila), siapa guru saya, berapa lama belajar, ada ambik buah serang atau tak, ada ambil amalan cekak atau tidak dan yang last sekali, ada sijil atau tidak....

Setiap soalannya saya jawab dan tersenyum... Kenapa? Lu pikir lah sendiri bak kata NABIL..

Sepertimana penerangan dalam artikal sebelum ini, MARCOM hanya menggunakan APLIKASI pelbagai senibeladiri. Bukan buah nyata setiap nama senibeladiri sebenarnya.

Dalam pengalaman saya menuntut ilmu Silat Cekak Hanafi, saya pelajari dari Suami ibu saudara saya yang kini menetap di Kelantan sedari umur saya 10 tahun. Bapa saudara saya (Hj Shafie Awang) adalah ahli Silat Cekak Hanafi sewaktu beliau menuntut di USM Pulau Pinang sekitar awal 80an. Beliau tidak pernah pernah membuka gelanggang dan hanya menurunkan ilmu (buah tunggu) kepada anak saudaranya (saya). Walaubagaimanapun, secara sepintas lalu, 21 buah dalam seni cekak pernah ditunjukkan sebagai panduan.

Saya mengikuti pengajian bersama beliau secara kampung.. Adakah perlukan sijil? Bab ni yang saya tersenyum keseorangan bila diajukan soalan pada mamat yang call pukul 1:41 pagi ni..padahal di awalnya telah saya nyatakan kaedah pengajian yang diambil.. :D

Sambungan perbualan:-

Antara ayatnya lagi:-
"Saya rasa Silat Cekak yang terbaik"

Bab ni lagi saya gelak. Tujuan saya gelak bukan kerana nak mengatakan Silat Cekak itu lemah, tapi kelemahan mamat ni... Apa kelemahannya..? RIAK, FANATIK & TAKABUR..

Secara peribadi, saya menegaskan bahawa kesemua ilmu senibeladiri mempunyai KELEBIHAN masing-masing. Yang menjadi KELEMAHAN pada senibeladiri tersebut sebenarnya adalah PENGAMALNYA.. Apa kelemahan tersebut:-

1. Riak
2. Tiada latihan
3. Tidak Istiqamah
4. Melawan guru
5. Lalai

Hatta belajar silat kenduri sekalipun jika diamal bersungguh-sungguh, aplikasinya turut boleh mengalahkan lawan (dengan Izin Allah)..

Sambungan perbualan:
Maka, dari pertanyaan si mamat tu, saya mencadangkan pada beliau untuk BERIADAH SENIBELADIRI dengan saya sebagai tanda salam silaturrahim sebagaimana waktu panggilan yang dibuat.

Saya juga katakan padanya bahawa saya menunggunya di sini (kemaman, terengganu) dengan hati yang terbuka. Mana tahu, saya akan berguru pula dengannya kerana lagaknya macam orang yang penuh isi di dada.

Makluman
Saya bukanlah seorang yang layak dipanggil guru dalam ilmu senibeladiri kerana masih belum cukup ilmu di dada. Cuma apa yang dilakukan dalam MARCOM MARTIAL ART hanyalah sebagai PERKONGSIAN pada apa yang saya tahu dan sebagai WADAH DAKWAH yang diletakkan dalam satu program untuk menarik belia dari melakukan aktiviti yang tidak sihat.

Nasihat
Jika penuh isi di dada, hormatkan orang lain.
Hormatkan orang lain dan berfikiran terbuka.
Berfikiran terbuka dengan berkongsi dan menyampai.
Menyampai perlu dengan adab dan agama.
Agama mengharuskan silaturrahim.

Semua diberkati Allah dalam setiap kehidupan kita.

Sunday, September 13, 2009

Latihan akhir Tempur Tanpa Senjata - Sungai Loh Dungun

Sebelum puasa 2009, group pertama Silat Marcom telah selesai pengijazahan Ilmu Tempur Tanpa Senjata di Sungai Loh, Dungun.


Ramai yang tak dapat join kerana masalah kerja, nenek kahwin, pak sedara jadi kadi & sebagainya. Heheheheh


Diharap, ilmu yang diterima dapat diguna untuk kebaikan diri & orang lain.




Candid semasa memasak secara gotong-royong.






Solat Qasar & Jama' Ta'khir (Isyak+Maghrib)







Hari Kedua - Sesi Kental Bina Semangat (Hill Tracking)










Gambar tauladan yang sempat diambil. Contohilah perilaku semut. Semuanya dilakukan secara bekerjasama.





Lanjutan kepada sesi latihan MARCOM level 2. Permainan pisau, parang dan cindai.Nantikan pembukaan selepas Ramadhan 2009.

Friday, August 7, 2009

Latihan MARCOM 4 Ogos 2009 - Modul 3

Latihan MARCOM kali ini di lakukan di Pantai Telok Kalong memandangkan gelanggang RIDAM tidak dapat menampung ahli baru yang terlibat.

Modul 3 pada kali ini memuatkan:

1- MARCOM review last session
2- MARCOM punch protection and attack (2 types)
3- MARCOM clutch protection (1 types)
4- MARCOM hug protection and attack (1 types)
5- MARCOM head grap protection and attack (1 type)

Saturday, August 1, 2009

Latihan MARCOM 30 Julai 2009 - Modul 2

Tiada rakaman diambil semasa latihan...

Dah syok sangat berlatih, lupa pulak.. :D

Antara modul latihan 2 ialah:-

1- MARCOM review last session
2- MARCOM clutch protection (2 types)
2- MARCOM punch protection and attack (1 types)
3- MARCOM kick protection and attack (1 type)

Latihan MARCOM 16 Julai 2009 - Modul 1

Latihan MARCOM (modul 1) di Gelanggang RIDAM

Syukur, batch pertama MARCOM selesai menjalani latihan modul 1 di Gelanggang RIDAM.
Antara initisari yang dimuatkan pada malam tersebut adalah:-

1- MARCOM Streching and Gripping
2- MARCOM basic pasic punches and kicks (4+4)
3- MARCOM hand force avoid attack (HFA)
4- MARCOM punch protection and attack (3 types)
5- MARCOM kick protection and attack (1 type)








Buat masa ini, tiada uniform seragam untuk digunakan dalam latihan (dalam tempahan).
 
-