Assalamualaikum
Saya mendapat panggilan misteri dari seorang lelaki pada jam 1.41 pagi... :D
Dengan permulaan salam tanpa memperkenalkan diri, dia bertanyakan samada saya tengah bizy atau tak... Cantik betul soalannya dimulakan bicara pada pukul 1:41 pagi... :D
Tapi saya menjawab soalan beliau dengan layanan yang baik.. Maklumlah tetamu.. Walaupun buta masa, kena layan jugak.. :D Kan beradap tu...
Soalan yang ditujukan adalah kaitan MARCOM dengan Silat Cekak.. Bermula dari soalan dari mana saya belajar, bila (siap nak tahu tahun bila), siapa guru saya, berapa lama belajar, ada ambik buah serang atau tak, ada ambil amalan cekak atau tidak dan yang last sekali, ada sijil atau tidak....
Setiap soalannya saya jawab dan tersenyum... Kenapa? Lu pikir lah sendiri bak kata NABIL..
Sepertimana penerangan dalam artikal sebelum ini, MARCOM hanya menggunakan APLIKASI pelbagai senibeladiri. Bukan buah nyata setiap nama senibeladiri sebenarnya.
Dalam pengalaman saya menuntut ilmu Silat Cekak Hanafi, saya pelajari dari Suami ibu saudara saya yang kini menetap di Kelantan sedari umur saya 10 tahun. Bapa saudara saya (Hj Shafie Awang) adalah ahli Silat Cekak Hanafi sewaktu beliau menuntut di USM Pulau Pinang sekitar awal 80an. Beliau tidak pernah pernah membuka gelanggang dan hanya menurunkan ilmu (buah tunggu) kepada anak saudaranya (saya). Walaubagaimanapun, secara sepintas lalu, 21 buah dalam seni cekak pernah ditunjukkan sebagai panduan.
Saya mengikuti pengajian bersama beliau secara kampung.. Adakah perlukan sijil? Bab ni yang saya tersenyum keseorangan bila diajukan soalan pada mamat yang call pukul 1:41 pagi ni..padahal di awalnya telah saya nyatakan kaedah pengajian yang diambil.. :D
Sambungan perbualan:-
Antara ayatnya lagi:-
"Saya rasa Silat Cekak yang terbaik"
Bab ni lagi saya gelak. Tujuan saya gelak bukan kerana nak mengatakan Silat Cekak itu lemah, tapi kelemahan mamat ni... Apa kelemahannya..? RIAK, FANATIK & TAKABUR..
Secara peribadi, saya menegaskan bahawa kesemua ilmu senibeladiri mempunyai KELEBIHAN masing-masing. Yang menjadi KELEMAHAN pada senibeladiri tersebut sebenarnya adalah PENGAMALNYA.. Apa kelemahan tersebut:-
1. Riak
2. Tiada latihan
3. Tidak Istiqamah
4. Melawan guru
5. Lalai
Hatta belajar silat kenduri sekalipun jika diamal bersungguh-sungguh, aplikasinya turut boleh mengalahkan lawan (dengan Izin Allah)..
Sambungan perbualan:
Maka, dari pertanyaan si mamat tu, saya mencadangkan pada beliau untuk BERIADAH SENIBELADIRI dengan saya sebagai tanda salam silaturrahim sebagaimana waktu panggilan yang dibuat.
Saya juga katakan padanya bahawa saya menunggunya di sini (kemaman, terengganu) dengan hati yang terbuka. Mana tahu, saya akan berguru pula dengannya kerana lagaknya macam orang yang penuh isi di dada.
Makluman
Saya bukanlah seorang yang layak dipanggil guru dalam ilmu senibeladiri kerana masih belum cukup ilmu di dada. Cuma apa yang dilakukan dalam MARCOM MARTIAL ART hanyalah sebagai PERKONGSIAN pada apa yang saya tahu dan sebagai WADAH DAKWAH yang diletakkan dalam satu program untuk menarik belia dari melakukan aktiviti yang tidak sihat.
Nasihat
Jika penuh isi di dada, hormatkan orang lain.
Hormatkan orang lain dan berfikiran terbuka.
Berfikiran terbuka dengan berkongsi dan menyampai.
Menyampai perlu dengan adab dan agama.
Agama mengharuskan silaturrahim.
Semua diberkati Allah dalam setiap kehidupan kita.