Perkataan MARCOM adalah gabungan dari perkataan bahasa  Inggeris iaitu Martial Commando.MARTIAL bermakna perang atau tempur  dalam bahasa Melayu.
COMMANDO pula merujuk kepada erti  panglima.Berdasarkan makna ini, Pengasas (Sdr Khairul Syakirin)  menjadikan ia sebagai trademark pertubuhan senibeladirinya sendiri  dengan menggelar pengamalnya sebagai Panglima Perang.
Istilah  Panglima Perang bukan hanya melibatkan situasi medan peperangan, malahan  ianya turut digunakan sebagai asas melawan nafsu amarah yang ada dalam  diri.
MARCOM adalah gabungan beberapa senibeladiri hasil  pengalaman Sdr Khairul Syakirin (Pengasas Rawatan Islam Darul Manzil)  menuntut dan berguru secara kuno di Malaysia dan Indonesia di samping  mempelajari ilmu kebatinan, aura healing dan Rawatan Perubatan Islam  sejak dari umur 10 tahun.
Antara aplikasi senibeladiri yang dimuatkan dalam pengajian MARCOM adalah:
1) Silat Gayong
2) Silat Cekak Hanafi
3) Silat Alif
4) Silat Minangkabau
5) Jiu Jitsu (teknik jatuhan)
6) Muay Thai
7) Terlak 3 dan 4
8) Kuntao
9) Beladiri Tempur Tangan Kosong
Untuk  itu, kesemua buah pukulan yang dimuatkan dalam MARCOM hanyalah  mengambil buah pukulan utama senarai senibeladiri sebagai kemudahan  amali untuk digunakan di dunia nyata.MARCOM juga diwujudkan setelah  penelitian pengasas melihat pada aplikasi pergaduhan dan pertandingan  senibeladiri selama beberapa tahun. Jika diperhatikan, ramai  senibeladiri berjaya mempelajari ilmu senibeladiri hingga mendapat  pengijazahan guru. Namun, berapa ramai yang boleh mengaplikasi  kesemuanya bila bertempur? Yang dilihat hanyalah kegunaan kaki dan  tangan secara rambang. Dimana buah jatuhan, buah gerak, buah tangkap dan  ilmu yang sebenar yang dituntut?Untuk itu, silibus pengajian MARCOM  telah dikemaskan dengan ajaran pertahanan diri yang boleh digunakan  dalam apa jua situasi, umur dan saiz badan.
Antara silibus yang dimuatkan dalam MARCOM adalah:
1) Asas pukulan dan tendangan
2) Teknik gerak rasa dan sambut
3) Teknik jatuhan
4) Teknik combat
5) Petua serangan elak dan membaca lawan
6) Amalan meditasi (untuk ketenangan dan menyembuh)
7) Ilmu insan (4 unsur kejadian manusia sebagai muhasabah dan kenal diri)
Bagi  mereka yang berminat untuk mempelajari senibeldiri ini, anda dialukan  untuk menelefon sendiri Sdr Khairul Syakirin b Abdul Wahab di  019-9891078 atau temui beliau sendiri di Rawatan Islam Darul Manzil, No  2867, Taman Jakar Jaya, 24000 Kemaman, Terengganu.
 
